Saturday, March 22, 2008

Sistem Penghadaman Manusia

Ada yang menarik tentang sistem penghadaman manusia yang ingin saya kongsikan kali ini. Maklumat ini tidaklah begitu terperinci seperti dalam kajian anatomi manusia. Tapi lebih mudah untuk difahami oleh kebanyakan daripada kita, walaupun mungkin sekali tidak sejelas yang dapat diterangkan oleh doktor atau pakar perubatan.

Penting untuk kita menjaganya, bermula dari makanan yang kita pilih. Kebiasaan rakyat Malaysia (termasuk saya) yang menyukai makanan berminyak, berlemak, pedas dan penuh perisa mungkin akan membawa kemudaratan jika pengambilannya tidak dikawal. Kesederhanaan penting, dan makanlah makanan yang berkhasiat. Dan jangan pula salur penghadaman ini disalah guna seperti meminum racun atau memakan ubat tanpa mengikut dos yang ditetapkan.

Kenapa saya berminat dengan topik sistem penghadaman? Ada sesuatu telah berlaku kepada insan yang saya sayangi berkaitan dengan sistem penghadaman ini. Saya akan bincangkan dalam entry-entry yang akan datang, insya allah.

Tulisan di bawah ini saya terjemahkan dan juga gabungan dari maklumat yang saya perolehi dari laman web. Terdapat istilah-istilah yang lebih sesuai dalam bahasa Inggeris sahaja (sebenarnya saya tidak menjumpai maksudnya, kerana saya hanya merujuk kamus mini dwibahasa).

*****************************************************************************

Sistem Penghadaman Manusia

Sistem penghadaman manusia mengandungi beberapa organ dan kelenjar yang kompleks dalam proses ia menghadamkan makanan. Untuk memastikan makanan yang kita makan bermanfaat pada tubuh kita, tubuh mesti memecahkan makanan-makanan tersebut kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya lebih mudah diproses, di samping untuk memudahkan perkumuhan.


Kebanyakan organ-organ penghadaman (seperti perut dan salur usus) adalah berbentuk salur tiub dan mengandungi makanan sepanjang makanan tersebut memasuki tubuh manusia. Sistem penghadaman manusia adalah sangat panjang, salur-salur tiub yang berselirat ini bermula dari mulut hinggalah ke dubur dan termasuklah beberapa organ lain (seperti hati dan pankreas) yang menghasilkan atau menyimpan enzim-enzim penghadaman.

Proses penghadaman:

1) Bermula di mulut: Proses penghadaman bermula di mulut. Makanan akan dipecahkan hasil dari kunyahan dan interaksi dengan enzim air liur (enzim ini dihasilkan oleh kelenjar air liur yg memecahkan kanji kepada molekul-molekul yang lebih kecil)

2) Dalam perjalanan ke perut, di esophagus : Selepas makanan dikunyah dan ditelan, makanan akan memasuki salur esophagus. Esofagus ialah salur panjang yang menghubungkan mulut dan perut. Salur ini menggerakkan makanan dengan cara peristalsis (seperti mengecut mengembang yang berulang-ulang) untuk membuatkan makanan dari kerongkong bergerak ke perut. Pergerakan peristalsis ini membolehkan kita makan atau minum walaupun dalam keadaan terbalik (kepala di bawah)

3) Dalam perut : Perut adalah organ berbentuk kantung yang akan memproses makanan sambil di bantu oleh asid yang sangat kuat iaitu asid gastik. Makanan dalam perut yang telah separa-proses dan bercampur dengan asid perut dipanggil chyme.

4) Dalam usus kecil : Selepas perut, makanan memasuki duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Kemudian ia melalui jejunum dan ileum. Dalam usus kecil, hempedu (dihasilkan oleh hati dan disimpan di pundi hempedu), enzim pancreas dan enzim-enzim penghadaman yang lain yang dihasilkan oleh dinding usus kecil untuk membantu penguraian makanan.

5) Dalam usus besar: Seterusnya makanan akan melalui usus besar. Dalam usus besar, air dan elektrolit (bahan kimia seperti sodium) di ekstrak daripada makanan. Terdapat banyak mikrob (bacteria seperti Bacteroides, Lactobacillus acidophilus, Escherichia coli, dan Klebsiella) dalam usus besar yang turut membantu penghadaman. Bahagian awal usus besar dikenali sebagai cecum (yang turut bersambung dengan appendiks). Seterusnya makanan akan melalui kolon (ascending, transverse, ascending dan sigmois).

6) Penamat : Bahan kumuh dan makanan yang tidak dapat diproses kemudiannya akan tersimpan di rectum sehingga ia sedia dikumuhkan melalui dubur.



Glosari:
anus (dubur) – bahagian terakhir salur penghadaman, untuk menyingkirkan bahan kumuh
appendix – kantung kecil yang terletak berdekatan cecum (bahagian awal usus besar)
ascending colon – bahagian usus besar yang menghala ke atas, selepas cecum.
bile (hempedu) – bahan kimia untuk penghadaman yang dihasilkan hati, disimpan di pundi hempedu dan digunakan dalam usus kecil.
cecum – bahagian pertama dalam usus besar, bersambung dengan appendiks.
chyme – makanan yang telah separa-process dan bercampur dengan asid-asid di perut.
descending colon – bahagian usus besar yang menghala ke bawah, sebelum sigmoid.
duodenum – bahagian awal usus kecil, bahagian berbentuk C dari perut ke jejunum.
epiglottis – rawan yang menutup larinks semasa menelan, dan membuka larinks semasa bernafas.
esophagus – salur panjang menghubungkan mulut dan perut. Mempunyai gerakan otot berirama (peristalsis) untuk membawa makanan dari tekak ke perut.
gall bladder (pundit hempedu) – kantung kecil berdekatan duodenum. Menyimpan dan melepaskan hempedu ke usus kecil apabila diperlukan.
ileum – bahagian terakhir usus kecil sebelum usus besar.
jejunum – bahagian usus kecil yang panjang dan berada di antara duodenum dan ileum.
liver (hati) – organ besar yang terletak di bahagian atas dan hadapan perut. Ia menapis toksin daripada darah dan menghasilkan hempedu (untuk memecahkan lemak) dan juga protein darah.
mouth (mulut) – bahagian pertama system penghadaman. Mengunyah dan tindak balas dengan enzim air liur berlaku di sini.
pancreas – kelenjar yang menghasilkan enzim, terletak di bawah perut dan atas usus kecil. Pancreas menghasilkan enzim amylase (bertindak pada kanji), lipase (bertindak pada lemak) dan trypsin (bertindak pada protein) yang berlaku dalam usus kecil.
peristalsis – gerakan berirama tanpa-kawal oleh esofagus yang menggerakkan makanan dari tekak ke perut.
rectum – bahagian terakhir usus besar, yang menyimpan bahan kumuh sebelum disingkirkan.
salivary glands (kelenjar airliur) – kelenjar yang terletak dalam mulut untuk menghasilkan airliur. Air liur mengandungi enzim yang mampu memecahkan kanji kepada molekul-molekul yang lebih kecil.
sigmoid colon – bahagian usus besar, di antara descending colon dan rectum.
stomach (perut) - berbentuk kantung, organ berotot ini bersambung dengan esofagus. Makanan yang memasuki perut akan bertindak balas dengan asid-asid dan enzim-enzim yang ada dalam perut.
transverse colon – bahagian usus besar yang melintang di abdomen

sumber:

1 comment:

handout said...

terima kasih banyak sudah berbagi,.
moga sukses selalu.
jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
click this