Wednesday, March 19, 2008

Kenapa pilih Blog?

Sekadar mengisi masa lapang dengan meluahkan sesuatu dengan cara mem'blog'. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, mem'blog sudah menjadi semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia, terutama yang mempunyai kemudahan melayari internet. Pelbagai konsep dan idea dluahkan dalam blog, daripada individu-individu yang membincangkan isu-isu semasa yang berat dan sensitif, blog mengenai keluarga dan aktiviti harian dan juga sehinggalah kisah-kisah lucah yang kadang kala melampau batas susila manusia.

Bila difikirkan semula dan diingat kembali, sudah lama saya tidak menulis suatu kisah atau karangan dalam bahasa melayu yang agak formal. Mungkin kali terakhir semasa SPM, atau semasa Ujian Kemasukan PTD tahun lepas. Dan sudah lama juga tidak meluangkan masa dengan membaca, terutama sekali membaca bahan-bahan ilmiah. Yang berada dalam simpanan, hanyalah novel-novel cinta (melayu dan inggeris). Dan kebelakangan ini berminat dengan buku motivasi terutama sekali yang berbentuk keagamaan. Untuk ketenangan jiwa.

Blog saya ini, belum pasti untuk difokuskan kepada jenis perbincangan yang bagaimana. Sebenarnya saya baru sahaja melayari blog http://jiwarasa.blogspot.com, baru sahaja diperkenalkan oleh seorang rakan (yang juga adiknya). Dalam setiap tulisannya, beliau menekankan tentang budaya membaca masyarakat Malaysia yang semakin kurang. Seperti biasa, siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Timbul juga kesedaran, tentang betapa banyak masa yang telah terbuang selama ini dengan aktiviti-aktiviti yang kadangkala tidak berfaedah. Dan seringkali juga saya mengutarakan kebosanan saya kerana tiada aktiviti yang dapat dilakukan, sedangkan saya terlupa bahawa membaca adalah suatu kelaziman yang patut saya mulakan kembali setelah begitu lama saya letak ke tepi. Seorang lagi rakan berblog untuk berkongsi info-info baru yang telah dia temui di laman web.

Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Semoga masa-masa yang akan datang akan menjadi lebih bermakna dengan pengisian yang lebih bermanfaat.

Selamat berblog untuk saya. Selamat berkenalan untuk para pemblog.

1 comment:

yemonhaberl said...

Casino Nights at Casino Las Vegas Hotel & Spa - KTM
Play 여주 출장안마 at 공주 출장샵 Casino Nights at Casino Las Vegas Hotel & Spa, Las Vegas. 경상북도 출장마사지 Book 하남 출장샵 online with 김제 출장마사지 KTM Rewards for your next gaming adventure.