Thursday, March 20, 2008

Maulidur-Rasul 1429

Hari ini 12 Rabiul-Awal, hari ulang tahun keputeraan Rasullullah SAW yang dicintai..detik kelahiran seorang tokoh dan pemimpin agung yang membawa sinar dan ajaran Islam, yang ketamadunannya kekal hingga hari ini, dan semoga kekal hingga hari kiamat.

Lazimnya di Malaysia, sambutan Maulidur-Rasul di penuhi dengan perarakan dan perhimpunan sambil berselawat, ceramah agama mengenang kembali sejarah kelahiran Baginda dan akhlak Baginda yang mulia, nasyid dan selawat sebagai cara untuk menunjukkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW yang agung. Teringat juga semasa zaman persekolahan dahulu, memang sentiasa terlibat dan melibatkan diri dengan aktiviti sebegini, lebih-lebih lagi dengan semangat yang dikongsi dengan keluarga, rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat sekitar . Kemudian, bila usia bertambah dan memasuki alam pekerjaan, terasa seperti semakin jauh dan semakin melarikan diri dari kehidupan bermasyarakat. Adakah kerana ingin hanya menjaga kain sendiri, terlalu sibuk atau .... Seribu alasan boleh dicipta...

Selain memperingati dan menunjukkan rasa sayang kepada Nabi Muhammad, umat Islam sepatutnya mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian. Baginda telah menunjukkan teladan dalam setiap perlakuan Baginda dalam kehidupan seharian, daripada perkara yang kelihatan kecil, kepada rukun hidup berumah-tangga, perniagaan, hubungan sesama insan dan hubungan dengan Allah, sehinggalah kepada mentadbir sebuah negara. Jika semua umat Islam mengambil teladan daripada Baginda, pasti umat Islam tidak dipandang serong oleh agama lain seperti yang berlaku sekarang.




Nota:
***Saya bukanlah seorang yang bijak untuk berdiskusi dalam hal ini, tulisan dalam blog ini hanya sekadar pendapat saya dari pemerhatian dan ilmu yang cetek. Jika ada kekurangan, saya menerima segala teguran dari pembaca lain.

1 comment:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Hafizzah.

Do'a Mahaguru58 semoga Hafizzah akan terus menulis didalm blog Hafizzah ini dan berkongsi dengan pembaca blog Hafizzah tentang asam garam kehidupan ini.

Semoga Allah SWT memberkati kita semua.

Amin.

Selamat mengarang.

Wassalamualaikum wr wb.